FatwaJohorKorban & Akikah
HUKUM MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM
Bolehkah daging korban diberikan kepada orang bukan Islam?
Jawapan ringkas
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor berpegang kepada pandangan masyhur Mazhab Syafie bahawa daging korban, sama ada sunat atau wajib, tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam.
Rujukan, bukan fatwa. Ayat pertama ringkasan di bawah — baca fatwa asal dan rujuk pihak berkuasa negeri anda sebelum bertindak.
- Pihak berkuasa
- Jabatan Mufti Negeri Johor
- Tarikh
- Status
- Keputusan jawatankuasa fatwa
- Siri
- Fatwa Negeri Johor
- Topik
- Korban & Akikah
Tiada bukti pewartaan dalam sumber — ini bukan fatwa yang diwartakan.
Ringkasan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor berpegang kepada pandangan masyhur Mazhab Syafie bahawa daging korban, sama ada sunat atau wajib, tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam. Walau bagaimanapun, daging korban sunat yang dimasak lalu dihidangkan dalam majlis kenduri atau dibawa sebagai bekal untuk dijamu bersama rakan sekerja bukan Islam yang dikenali dengan sifat baik dan ramah terhadap masyarakat Islam dibolehkan, dengan bersandarkan pandangan ulama Syafie seperti Imam Nawawi yang mengharuskan daging korban sunat diberi makan kepada kafir zimmi yang miskin. Dalam agihan, masyarakat Islam setempat yang memerlukan hendaklah didahulukan, dan lebihan daging korban sunat yang tidak dikehendaki mereka boleh diberikan kepada kafir zimmi yang miskin serta dikenali dengan sifat baik dan ramah terhadap masyarakat Islam atas dasar dakwah dan siyasah syariah.
Ditulis dengan ayat kami sendiri daripada fatwa asal — semak sumber sebelum bertindak.
Menurut pandangan Mazhab Syafie yang masyhur, tidak dibolehkan memberi daging korban sama ada korban sunat atau korban wajib kepada orang bukan islam kerana ibadah korban adalah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Baca fatwa penuh di laman Johor (tab baharu)
Cara memetik
Petik fatwa asal dan pihak berkuasanya. Rujuk Fatwa hanya tempat anda menemuinya.
Jabatan Mufti Negeri Johor. “HUKUM MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM”, 24 Ogos 2016. https://said.johor.gov.my/perkhidmatan/paparan_detail_fatwa.php?id=829. Ditemui melalui Rujuk Fatwa: https://rujukfatwa.com/ms/fatwa/hukum-beri-daging-korban-kepada-bukan-islam-6013/