Rujuk FatwaRujukan fatwa Malaysia
EN

FatwaPulau PinangSosial & Isu Semasa

ISU PEMBINAAN TEMPAT SEMADI ORANG BUKAN ISLAM (NON MUSLIM) DI ARAS BAWAH BANGUNAN BLOK D, PANGSAPURI MUTIARA IDAMAN 2, JELUTONG, PULAU PINANG.

Adakah pembinaan tempat persemadian orang bukan Islam di aras bawah Blok D, Pangsapuri Mutiara Idaman 2, Jelutong dibenarkan?

Jawapan ringkas

Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tidak bersetuju dengan pembinaan tempat persemadian orang bukan Islam di lokasi tersebut.

Pulau PinangKeputusan jawatankuasa fatwa

Rujukan, bukan fatwa. Ayat pertama ringkasan di bawah — baca fatwa asal dan rujuk pihak berkuasa negeri anda sebelum bertindak.

Pihak berkuasa
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Tarikh
Status
Keputusan jawatankuasa fatwa
Siri
Keputusan Fatwa Negeri Pulau Pinang (e-Fatwa)
Topik
Sosial & Isu Semasa

Tiada bukti pewartaan dalam sumber — ini bukan fatwa yang diwartakan.

Ringkasan

Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tidak bersetuju dengan pembinaan tempat persemadian orang bukan Islam di lokasi tersebut. Alasan pertama, orang Islam dilarang menyumbang untuk rumah persemadian kerana ia melibatkan upacara ibadat orang bukan Islam dan bertentangan dengan akidah Islam. Alasan kedua, pembinaan itu dilarang bagi menjaga kemaslahatan dan sensitiviti masyarakat Islam kerana lokasinya hanya kira-kira 20 meter dari tapak surau yang telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Ditulis dengan ayat kami sendiri daripada fatwa asal — semak sumber sebelum bertindak.

Mesyuarat tidak bersetuju berkaitan Isu Pembinaan Tempat Persemadian Orang Bukan Islam (Non Muslim) Di Aras Bawah Bangunan Blok D, Pangsapuri Mutiara ldaman 2, Jelutong, Pulau Pinang dengan alasan seperti berikut:-

Petikan daripada fatwa asal · Pulau Pinang

Baca fatwa penuh di laman Pulau Pinang (tab baharu)

Cara memetik

Petik fatwa asal dan pihak berkuasanya. Rujuk Fatwa hanya tempat anda menemuinya.

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. “ISU PEMBINAAN TEMPAT SEMADI ORANG BUKAN ISLAM (NON MUSLIM) DI ARAS BAWAH BANGUNAN BLOK D, PANGSAPURI MUTIARA IDAMAN 2, JELUTONG, PULAU PINANG.”, 29 Mei 2013. http://efatwa.penang.gov.my/fatwa_details.php?fatwaid=447. Ditemui melalui Rujuk Fatwa: https://rujukfatwa.com/ms/fatwa/pembinaan-tempat-semadi-bukan-islam-pangsapuri-jelutong/