Rujuk FatwaRujukan fatwa Malaysia
EN

FatwaPerakJenazah & Kematian

Sukacita dimaklumkan bahawa jenazah seorang muallaf berbangsa India yang telah meninggal dunia dan dikebumikan mengikut agama asalnya di daerah Slim River (kini dikenali sebagai Muallim). Sehubungan dengan itu. pihak kami ingin mendapatkan fatwa daripada YABhg SS. Tan Sri sama ada jenazah tersebut perlu digali semula untuk dikebumikan secara Islam atau tidak?

Adakah jenazah seorang muallaf yang telah dikebumikan mengikut agama asalnya perlu digali semula untuk dikebumikan secara Islam?

Jawapan ringkas

Jika jenazah diyakini sudah busuk dan hancur, ia tidak perlu digali semula.

PerakPandangan (irsyad)

Rujukan, bukan fatwa. Ayat pertama ringkasan di bawah — baca fatwa asal dan rujuk pihak berkuasa negeri anda sebelum bertindak.

Pihak berkuasa
Jabatan Mufti Negeri Perak
Status
Pandangan (irsyad)
Siri
Soal Jawab
Topik
Jenazah & Kematian

Tiada bukti pewartaan dalam sumber — ini bukan fatwa yang diwartakan.

Ringkasan

Jika jenazah diyakini sudah busuk dan hancur, ia tidak perlu digali semula. Jika baru dikebumikan, jenazah hendaklah digali semula dan dikebumikan di perkuburan Islam. Pandangan ini bersandarkan nas dalam kitab al-Majmu‘ bahawa ulama Syafi‘eyyah bersepakat seorang Muslim tidak dikebumikan di perkuburan kafir dan seorang kafir tidak dikebumikan di perkuburan Muslimin.

Ditulis dengan ayat kami sendiri daripada fatwa asal — semak sumber sebelum bertindak.

Saya berpandangan bahawa sekiranya mayat tersebut diyakini telah busuk dan hancur, ia tidak perlu digali semula. Namun, jika ia baru sahaja dikebumikan maka hendaklah digali semula serta dikebumikannya di perkuburan Islam.

Petikan daripada fatwa asal · Perak

Baca fatwa penuh di laman Perak (tab baharu)

Cara memetik

Petik fatwa asal dan pihak berkuasanya. Rujuk Fatwa hanya tempat anda menemuinya.

Jabatan Mufti Negeri Perak. “Sukacita dimaklumkan bahawa jenazah seorang muallaf berbangsa India yang telah meninggal dunia dan dikebumikan mengikut agama asalnya di daerah Slim River (kini dikenali sebagai Muallim). Sehubungan dengan itu. pihak kami ingin mendapatkan fatwa daripada YABhg SS. Tan Sri sama ada jenazah tersebut perlu digali semula untuk dikebumikan secara Islam atau tidak?”, tarikh tidak dinyatakan. https://mufti.perak.gov.my/component/content/article/soal-jawab?catid=2#products-16. Ditemui melalui Rujuk Fatwa: https://rujukfatwa.com/ms/fatwa/jenazah-muallaf-dikebumikan-agama-asal-perlu-digali/