Rujuk FatwaRujukan fatwa Malaysia
EN

FatwaW. PersekutuanPerubatan & Kesihatan

IRSYAD HUKUM SIRI KE-735: HUKUM PESAKIT LELAKI MENANAM EMAS KE DALAM MATA UNTUK TUJUAN PERUBATAN

Adakah pesakit lelaki boleh menanam pemberat emas pada kelopak mata untuk tujuan rawatan walaupun lelaki diharamkan memakai emas?

Jawapan ringkas

Hukumnya bergantung kepada dua keadaan. Jika ada pilihan pemberat lain selain emas, menanam pemberat emas pada kelopak mata adalah haram.

W. PersekutuanPandangan (irsyad)

Rujukan, bukan fatwa. Ayat pertama ringkasan di bawah — baca fatwa asal dan rujuk pihak berkuasa negeri anda sebelum bertindak.

Pihak berkuasa
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Tarikh
Status
Pandangan (irsyad)
Siri
Irsyad al-Hukum (Umum)
Topik
Perubatan & Kesihatan

Tiada bukti pewartaan dalam sumber — ini bukan fatwa yang diwartakan.

Ringkasan

Hukumnya bergantung kepada dua keadaan. Jika ada pilihan pemberat lain selain emas, menanam pemberat emas pada kelopak mata adalah haram. Jika tiada pilihan lain dan perkara itu disahkan oleh golongan pakar, hukumnya harus. Keharusan ini berdasarkan kaedah bahawa hajat mengambil hukum darurat serta kisah lelaki yang disuruh Nabi SAW memakai hidung daripada emas.

Ditulis dengan ayat kami sendiri daripada fatwa asal — semak sumber sebelum bertindak.

Adapun sekiranya tiada pilihan lain untuk menggunakan pemberat tersebut selain dari pemberat daripada emas serta perkara ini telah mendapat pengesahan dari golongan pakar maka hukumnya adalah harus.

Petikan daripada fatwa asal · W. Persekutuan

Baca fatwa penuh di laman W. Persekutuan (tab baharu)

Cara memetik

Petik fatwa asal dan pihak berkuasanya. Rujuk Fatwa hanya tempat anda menemuinya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. “IRSYAD HUKUM SIRI KE-735: HUKUM PESAKIT LELAKI MENANAM EMAS KE DALAM MATA UNTUK TUJUAN PERUBATAN”, 14 Disember 2022. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/5476-irsyad-al-fatwa-siri-ke-735-hukum-pesakit-lelaki-menanam-emas-ke-dalam-mata-untuk-tujuan-perubatan. Ditemui melalui Rujuk Fatwa: https://rujukfatwa.com/ms/fatwa/hukum-pesakit-lelaki-tanam-emas-dalam-mata/

Graf tempatan

Fatwa ini dan sambungan terdekatnya. Senarai penuh ada di bawah.

Lihat dalam peta penuh

Dalil yang disebut

Hadis

  • Tirmizi 1720
  • Tirmizi 1770