FatwaW. PersekutuanKekeluargaan (Munakahat)
AL-KAFI #1443: HUKUM MINTA CERAI KERANA SUAMI TIDAK SOLAT
Adakah isteri boleh memohon cerai kerana suami tidak solat?
Jawapan ringkas
Menuntut perceraian dibolehkan dalam Islam, tetapi ia tidak disukai.
Rujukan, bukan fatwa. Ayat pertama ringkasan di bawah — baca fatwa asal dan rujuk pihak berkuasa negeri anda sebelum bertindak.
- Pihak berkuasa
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
- Tarikh
- Status
- Pandangan (irsyad)
- Siri
- Al-Kafi li al-Fatawi
- Topik
- Kekeluargaan (Munakahat)
Tiada bukti pewartaan dalam sumber — ini bukan fatwa yang diwartakan.
Ringkasan
Menuntut perceraian dibolehkan dalam Islam, tetapi ia tidak disukai. Jika suami meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya, dia jatuh kafir murtad dan isteri perlu merujuk mahkamah untuk mengesahkan status keislamannya sebelum keputusan mengenai perkahwinan dibuat. Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau meremehkannya tanpa mengingkari kewajipan itu, dia berdosa, dan isteri serta ahli keluarga dinasihatkan menasihatinya terlebih dahulu. Jika nasihat tidak berhasil, perkara ini eloklah diadukan ke Jabatan Agama Islam.
Ditulis dengan ayat kami sendiri daripada fatwa asal — semak sumber sebelum bertindak.
Menuntut perceraian sememangngya dibolehkan dalam Islam. Akan tetapi, ia bukanlah suatu perkara yang disukai malah dibenci Allah S.W.T.
Baca fatwa penuh di laman W. Persekutuan (tab baharu)
Cara memetik
Petik fatwa asal dan pihak berkuasanya. Rujuk Fatwa hanya tempat anda menemuinya.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. “AL-KAFI #1443: HUKUM MINTA CERAI KERANA SUAMI TIDAK SOLAT”, 22 November 2019. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3827-al-kafi-1443-hukum-minta-cerai-kerana-suami-tidak-solat. Ditemui melalui Rujuk Fatwa: https://rujukfatwa.com/ms/fatwa/hukum-minta-cerai-suami-tidak-solat/