FatwaW. PersekutuanJenazah & Kematian
IRSYAD HUKUM SIRI KE-346 : HUKUM MENGEBUMIKAN JENAZAH BUKAN DI TEMPAT DIA MENINGGAL DUNIA
Adakah berdosa jika jenazah yang meninggal dunia di luar negara dikebumikan di tempat kematiannya, dan apakah hukum memindahkan jenazah ke tempat lain?
Jawapan ringkas
Pengebumian jenazah dituntut disegerakan, tetapi boleh ditangguhkan jika ada sebab yang kuat seperti syak tentang kematian, menunggu jemaah yang lebih ramai untuk solat jenazah, atau menunggu ahli waris melihat jenazah buat kali terakhir, selagi tidak terlalu lama dan jenazah…
Rujukan, bukan fatwa. Ayat pertama ringkasan di bawah — baca fatwa asal dan rujuk pihak berkuasa negeri anda sebelum bertindak.
- Pihak berkuasa
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
- Tarikh
- Status
- Pandangan (irsyad)
- Siri
- Irsyad al-Hukum (Umum)
- Topik
- Jenazah & Kematian
Tiada bukti pewartaan dalam sumber — ini bukan fatwa yang diwartakan.
Ringkasan
Pengebumian jenazah dituntut disegerakan, tetapi boleh ditangguhkan jika ada sebab yang kuat seperti syak tentang kematian, menunggu jemaah yang lebih ramai untuk solat jenazah, atau menunggu ahli waris melihat jenazah buat kali terakhir, selagi tidak terlalu lama dan jenazah tidak dikhuatiri berubah. Para ulama menyatakan disunatkan mengebumikan jenazah di tempat dia meninggal dunia. Memindahkan jenazah ke tempat lain diharuskan jika ada sebab dan maslahah yang kuat serta tidak mengambil masa yang lama seperti dua atau tiga hari, dan jika terlalu lama hukumnya makruh.
Ditulis dengan ayat kami sendiri daripada fatwa asal — semak sumber sebelum bertindak.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa menangguh pengebumian adalah diharuskan jika sekiranya terdapat sebab yang munasabah dan bahkan dituntut jika terdapat maslahah yang lebih besar apabila menangguhnya pada kadar yang tidak terlalu lama.
Baca fatwa penuh di laman W. Persekutuan (tab baharu)
Cara memetik
Petik fatwa asal dan pihak berkuasanya. Rujuk Fatwa hanya tempat anda menemuinya.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. “IRSYAD HUKUM SIRI KE-346 : HUKUM MENGEBUMIKAN JENAZAH BUKAN DI TEMPAT DIA MENINGGAL DUNIA”, 13 Disember 2019. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/3890-irsyad-al-fatwa-siri-ke-346-hukum-mengebumikan-jenazah-bukan-di-tempat-dia-meninggal-dunia. Ditemui melalui Rujuk Fatwa: https://rujukfatwa.com/ms/fatwa/hukum-mengebumikan-jenazah-bukan-di-tempat-meninggal/